Skip to main content

Dari Meja Pengarah Babylon Empire

Assalamualaikum w.b.t..  Dari meja pengasas Babylon Empire Marketing..

Kita semua telah dibangkitkan dengan semboyan / saranan jihad ekonomi suatu ketika dahulu hingga kehari ini apabila ekonomi Malaysia tidak lagi dikuasai oleh bangsa MELAYU..

Benar.. bukan melayu tidak hebat berniaga, tetapi kurangnya sokongan bangsa sendiri kepada pembikinan keluaran prodak prodak bangsa itu sendiri.

Apabila premis Melayu menjual barangan keperluan lebih 50 sen dari Premis bangsa lain, kita terus komplen dan boikot lalu menukar haluan kepada premis bangsa lain..

Apabila rakan kita berniaga, seringkali kita minta pengurangan harga sehingga peniaga sendiri pun terpaksa memberi harga modal.. Fikiran kita lebih tertumpu kepada membunuh kerjaya mulia warga berjiwa usahawan/usahawanita secara tidak sedar.

Lihat bangsa kita berniaga.. Mereka bayar zakat.. Mereka menyediakan stok keperluan bagi kemudahan kita .. Dengan modal perniagaan yang rendah mustahil mereka menerima untung yang lumayan seperti bangsa lain yang tersedia besar ekonomi niaga.

Hari ini tuan puan boleh lihat didalam perniagaan, dengki, khianat, saling menjatuhkan tidak lari dari budaya masyarakat kita.

Jika premis sendiri tidak mempunyai barang jualan yang diminta pelanggan, tidak menjadi satu kesalahan untuk kita menunjukkan kedai berdekatan kerana kita haruslah berpegang kepada konsep berkongsi rezeki yang telah dituntut oleh agama islam amnya..

Penubuhan syarikat bumiputera yang berdaftar diMalaysia ini memberi satu tapak perjuangan dan impak besar bagi mereka yang ingin bebas dari kewangan dan hutang.

Hari ini saya menyeru agar bantulah pengeluar - pengeluar, Peniaga peniaga berbangsa melayu agar mereka dapat membina kekayaan setaraf bangsa-bangsa lain agar mereka dapat menyalurkan bantuan-bantuan seperti zakat dan khidmat kemasyarakatan kepada penduduk setempat. Anda juga menerima tempias dari sumbangan dari pihak atasan JIKA anda yakin dengan janjiNYA..

Saya turut bersama berjuang dengan pelbagai agensi seperti Persatuan Pengguna Islam Malaysia(PPIM), Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU), Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan lain lain NGO semata-mata ingin menaikkan taraf hidup peniaga dan pengguna bumiputera.

Ayuh, bersama-sama kita berpimpin tangan, bergerak sebagai satu jemaah, bangkit membina dana perniagaan mengikut lunas-lunas syariah yang telah tersedia digariskan.. Akhir kata, Jihad ekonomi bermula dari kita..

Pengertian Logo

*2 PEDANG* - BERSATU SESAMA JEMAAH DALAM JIHAD EKONOMI

*SAYAP* - KEJAYAAN DUNIA DAN AKHIRAT DIKONGSI BERSAMA

*PERISAI* - MELESTARI SPIRITUAL DAN EKONOMI UMMAH SEJAGAT

*BIRU* - MUHIBBAH/ PERPADUAN

*KUNING* - KEDAULATAN RAJA-RAJA MELAYU

www.semblitz.blogspot.com
-SEKIAN-

Comments

Popular posts from this blog

MANJAKANI LELAKI BOLEH MAKAN KE...????

(Soalan Cepu Emas) Ni la soalan yang akan telintas kat fikiran kita kalau ada orang cakap lelaki boleh makan manjakani..  Sebenarnya tak ada masalah lelaki makan manjakani dan kacip fatimah.. Benda ni cuma herba semata2.. Walaupun ia lebih bekesan utk perempuan, tak salah lelaki makannya, sebab orang lelaki akan dapat khasiat herba macam dia orang makan ulam-ulaman.. Boleh mencantikkan kulit lelaki yang kasar, menghilangkan jeragat dan penampilan nampak lagi bersih... Begitu jugak sebaliknya dengan Tongkat Ali ia bertindak balas hanya dengan hormon lelaki, membuatkan lelaki bertenaga dan seterusnya menguatkan tenaga dalaman.. Jadi kalau perempuan makan tak bagi kesan tapi perempuan masih lagi dapat khasiat herba macam khasiat ulam-ulaman.. Sebenarnya herba-herba ni dah jadi propaganda untuk dikaitkan dengan lelaki atau perempuan dalam melariskan perniagaan, sedangkan kedua-dua pihak boleh dapat khasiat dari mana2 herba.. Khasiat manjakani kepada lelaki, mampu mengat...

BABYLON EMPIRE MARKETING

No. Pendaftaran : 002854892-X Selamat datang ke Babylon Empire Marketing.. Legasi Empayar Perniagaan Anda.. Kuning : Kedaulatan Raja- Raja Melayu Biru : Muhibbah / Perpaduan antara kaum Perisai : Melestari spritual dan ekonomi ummah sejagat Dua Pedang : Kesatuan ummah didalam Jihad Ekonomi Sayap : Perkongsian keuntungan duniawi dan ukhrawi sesama jemaah