Skip to main content

Kandungan Herba- Herba Semblitz




Nama Vernakular : Buah Tunjuk Langit
Nama Botani : Swietenia macrophylla
Famili : Meliaceae


BUAH TUNJUK LANGIT @ SKY FRUIT
TIGA BAHAN AKTIF PENTING UNTUK KESIHATAN DALAM BIJI TUNJUK LANGIT

 1)    FLAVONOIDS seperti yang terdapat dalam Gingko biloba dan tongkat ali. Ia merangsang pembukaan pembuluh darah, membekalkan oksigen dan nutrisi keseluruh badan, agen anti pengoksidaan.

 2)    SAPONINS seperti yang terdapat didalam ginseng Panax. Enzim yang bertindak seperti sabun /pelincir yang mengurangkan lemak dan kolesterol pada dinding salur darah.Ia menguatkan fungsi jantung dan sistem imuniti .

 3) BITTER ALKOLOID rasa pahit adalah kerana kandungannya yang tinggi, dapat merencatkan pertumbuhan virus dan bakteria. Ia membantu membina sel darah putih dan menguatkan imuniti badan.

Pada tahun 1996 , satu pasukan biokimia Amerika terkenal mempunyai penemuan kejayaan besar dalam kajian mereka bahawa terdapat banyak Flavonoids dan Saponins di dalam Tunjuk Langit. Di samping itu, BUAH TUNJUK LANGIT mengandungi pelbagai protein semulajadi , mineral, vitamin, enzim , karbohidrat, asid lemak dan lain-lain nutrien penting badan. Penyerapan yang mudah adalah faktor penting ke arah menggalakkan kesihatan yang baik. Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, TUNJUK LANGIT itu telah diterima secara meluas oleh pakar-pakar perubatan dan doktor. 

Testimoni pengguna ‘ telah membawa kepada penerimaan global TUNJUK LANGIT sebagai salah satu produk kesihatan yang terbaik di pasaran. TUNJUK LANGIT adalah bukan sahaja tulen dalam alam semula jadi, ia juga merupakan produk yang sangat baik yang menggalakkan kesihatan asas secara keseluruhan. Tidak ada kesan sampingan walaupun dengan penggunaan jangka panjang.

Buah Tunjuk langit @ (Switenia Macrophylla) boleh diamalkan secara tradisional oleh lelaki dan wanita juga umum kepada semua peringkat umur untuk mengekalkan kesihatan badan dan juga untuk mengelakkan penyakit-penyakit yang berkaitan dengan peredaran darah.


Nama Vernakular : Manjakani (mempening) 
Nama Saintifik  :  Quercus infectoria Oliv 
Nama Lain  ;  Alleppo oak, downy oak, gal oak,...

Manjakani kaya dengan asid gallic dan terbitannya (Gallotannic acid) . Tiada kajian terperinci melalui saintifik yang benar-benar menunjukkan manjakani mampu menguruskan badan dan mengecutkan rahim , Namun asid gallic mungkin sedikit memberi kesan kerana asid gallic dikenali sebagai perencat enzim carbonic anhydrace yang lemah. Perencatan enzim ini menyebabkan aktiviti diurasis berlaku dan mengurangi penyerapan kembali air didalam buah pinggang. Akibat dari pengurangan air inilah yang memungkinkan kaum hawa kehilangangan air dan secara tidak langsung mengalami penyusutan berat badan.



Biji manjakani sangat kaya dengan tannin. Tannin merupakan sejenis sebatian polifenol yang berasal dari tumbuhan, berasa pahit dan kelat, yang bertindak balas dengan menggumpalkan protein, atau berbagai sebatian organik lainnya termasuk asid amino dan alkaloid.  Bahan kimia ini sering digunakan dalam proses menyamak kulit agar awet dan mudah digunakan. Tanin juga digunakan untuk menyamak (mengubar) jala, tali, dan layar agar lebih tahan terhadap air laut.
Di Alam Melayu, manjakani sering digunakan bersama dengan herba lain sebagai ubat minum oleh wanita selepas melahirkan anak untuk mengembalikan keanjalan dinding rahim, dan dalam banyak produk pengetatan vagina.
Di samping itu, orang Arab, Persia, India, Melayu dan Cina secara tradisinya turut menggunakan manjakani selepas bersalin untuk merawat cirit-birit, masalah faraj dan jangkitan selepas bersalin.
Di Malaysia, kita dapati manjakani sering dijadikan bahan aktif untuk produk berkaitan kesihatan wanita seperti mengetatkan vagina dan mengelakkan masalah keputihan.
Malah, ada juga amalan yang meletakkan manjakani pada alat sulit untuk tujuan mengetatkan faraj. Adakah perkara ini memang berkesan? Atau sekadar promosi para penjual?






Nama Vernakular: Cengkih 
Nama Botani: (Syzygium aromaticum, Syn. Eugenia aromaticum), 
dalam bahasa Inggeris disebut colves

Cengkih adalah tangkai bunga kering beraroma dari keluarga pohon Myrtaceae. Cengkih tanaman asal Indonesia, banyak digunakan sebagai perencah masakan pedas di negara-negara Eropah dan sebagai bahan utama rokok kretek khas Indonesia. Cengkih ditanam terutama di Indonesia (kepulauan Banda) dan Madagaskar.

Selain menyedapkan masakan, cengkih juga boleh digunakan untuk meningkatkan kesihatan dalam penyediaan makanan. Misalnya, kajian di Universiti Kansas di Amerika Syarikat berkaitan rempah mendapati, cengkih berkuasa sebagai antibakteria dan membantu memusnahkan Escherichia Coli Infection (E.Coli) dalam daging.

Hakikatnya, cengkih banyak mengandungi kandungan kimia yang bermanfaat kepada bidang kesihatan. Kajian mengenai rempah ini mendapati, eugnol yang dimilikinya dapat mencegah pembekuan darah dan dapat membantu mencegah strok.


Cengkih turut digunakan untuk mengubati beberapa penyakit. Malah, pengambilannya membantu merangsang pengaliran darah. Dengan itu pencernaan dan metabolisme tubuh mampu meningkat.
Penyelidik Jepun mendapati, seperti kebanyakan rempah ratus, cengkih mengandungi antioksida. Antioksida membantu mencegah kerosakan sel yang akhirnya menyebabkan barah.
Dalam perubatan Cina pula, cengkih sering digunakan untuk mencegah mual dan mengatasi gangguan pencernaan. Rebusan cengkih bersama daun basil dan daun pudina, dipercayai dapat menurunkan tekanan.
Cengkih atau nama saintifiknya Eugenia Aromaticum juga mengandungi pelbagai mineral, termasuk besi, magnesium, fosforus, natrium, kalsium, asid hidroklorik, kalium dan Vitamin C, K dan A.


Nama Vernakular : Kulit Kayu Manis
Nama Botani : Cinnamon 



Tahukah anda kayu manis adalah antara rempah-ratus yang bagus jika anda ingin menurunkan berat badan?
Bukan itu saja, kayu manis juga merupakan sumber potasium, kalsium, magnesium dan zat besi. Menambahkan kayu manis ke dalam masakan juga boleh menaikkan aromanya.
Selain menaburkan serbuk kayu manis atau memakan makanan yang mengandungi kayu manis, anda juga boleh merebus kayu manis dan meminum air rebusannya untuk memperoleh manfaat kesihatan seperti berikut:
1. REDAKAN SAKIT GIGI
Gusi berdenyut-denyut akibat sakit gigi memang menyiksakan. Namun anda boleh mencuba meredakannya dengan meminum air rebusan kayu manis!
2. MENCEGAH KENCING MANIS
Nama sahaja 'manis'. Tapi kayu manis dikatakan mampu menjauhkan penyakit kencing manis. Gabungan polifenol dan bahan-bahan antioksidan dalam kayu manis bermanfaat untuk mengawal kadar gula dalam darah semasa merawat kencing manis Jenis 2.
3. MENCANTIKKAN KULIT
Kayu manis adalah sumber serat yang amat baik untuk menghapuskan racun dari dalam tubuh. Jadi, kalau mahukan kulit bersih dan licin, ada yang menyarankan supaya cubalah air rebusan kayu manis.
4. MENURUNKAN BERAT BADAN
Air rebusan kayu manis yang dicampur madu adalah minuman yang terbaik untuk menurunkan berat badan. Ini kerana ia membantu anda 'detox' (buang toksin) sistem tubuh, membuat anda berasa cepat kenyang dan mengawal nafsu makan.
5. MENGURANGKAN KEKEJANGAN SEMASA HAID
Menurut Pusat Nasional Bioteknologi Amerika Syarikat, air kayu manis baik untuk wanita yang sering menderita kesakitan dan kekejangan rahim semasa haid.
Ia berupaya mengurangkan rasa sakit dan kekejangan kerana ia bersifat analgesik dan antipenggumpalan.
6. MEMPERTINGKAT IMUN TUBUH
Air kayu manis kaya dengan zat atioksidan seperti polifenol dan proanthocyanidin untuk meningkatkan sistem kekebalan tubuh.
Selain itu air kayu manis juga bersifat antikulat, antibakteria dan antivirus. Maka ia mengurangkan risiko pelbagai penyakit seperti masalah jantung atau penyakit pernafasan.
7. MENGURANGKAN KESAN BURUK PCOS
PCOS atau Sindrom Ovari Polisistik adalah perubahan hormon yang berlaku pada wanita, menyebabkan ovari membesar dengan ketumbuhan pada bahagian luarnya.
Meminum air rebusan kayu manis diketahui boleh mengurangkan kesan buruk PCOS dan juga mengurangkan hadangan untuk sel-sel memberi respons kepada insulin.
8. MEMPERTINGKAT FUNGSI OTAK
Menurut penelitian, air kayu manis berupaya melambatkan proses penyakit melibatkan otak seperti penyakit Parkinson dan Alzheimer. Ini kerana khasiatnya membantu mempertingkat tumpuan dan fungsi otak.
9. MENCEGAH BARAH
Kayu manis mengandungi bahan-bahan karsinogenik yang terbukti bermanfaat untuk melambatkan pertumbuhan sel barah.
10. TAJAMKAN PENDENGARAN
Isteri Pak Mat Tempe: Pak Mat kau memang begitu, selalu naik basikal bukan motokar...
Apa dia kak?
Itulah dua dialog popular dari filem Bujang Lapok dan dari pelawak Ishak Ahmad. Kedua-duanya berhubung dengan pendengaran yang pekak.
Jika anda mahu menajamkan pendengaran, anda boleh mencuba meminum air rebusan kayu manis. Ini kerana kayu manis kaya dengan zat-zat semula jadi yang dikatakan baik untuk menajamkan daya pendengaran. 



Nama Vernakular: Habbatus sauda
Nama Botani : Nigella Sativa



   Hadith yang paling masyhur dalam masyarakat berkaitan kelebihan habbatus sauda ialah riwayat daripada Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

فِي الْحَبَّةِ السَّوْدَاءِ شِفَاءٌ مِنْ كُلِّ دَاءٍ إِلَّا السَّامَ
“Pada habbatas sauda itu ada penawar/ubat bagi semua penyakit kecuali mati.” [Riwayat Al-Bukhari dalam Sahihnya, kitab Al-Tibb no. 5687; Riwayat Muslim no. 2215]






Comments

Popular posts from this blog

MANJAKANI LELAKI BOLEH MAKAN KE...????

(Soalan Cepu Emas) Ni la soalan yang akan telintas kat fikiran kita kalau ada orang cakap lelaki boleh makan manjakani..  Sebenarnya tak ada masalah lelaki makan manjakani dan kacip fatimah.. Benda ni cuma herba semata2.. Walaupun ia lebih bekesan utk perempuan, tak salah lelaki makannya, sebab orang lelaki akan dapat khasiat herba macam dia orang makan ulam-ulaman.. Boleh mencantikkan kulit lelaki yang kasar, menghilangkan jeragat dan penampilan nampak lagi bersih... Begitu jugak sebaliknya dengan Tongkat Ali ia bertindak balas hanya dengan hormon lelaki, membuatkan lelaki bertenaga dan seterusnya menguatkan tenaga dalaman.. Jadi kalau perempuan makan tak bagi kesan tapi perempuan masih lagi dapat khasiat herba macam khasiat ulam-ulaman.. Sebenarnya herba-herba ni dah jadi propaganda untuk dikaitkan dengan lelaki atau perempuan dalam melariskan perniagaan, sedangkan kedua-dua pihak boleh dapat khasiat dari mana2 herba.. Khasiat manjakani kepada lelaki, mampu mengat...

BABYLON EMPIRE MARKETING

No. Pendaftaran : 002854892-X Selamat datang ke Babylon Empire Marketing.. Legasi Empayar Perniagaan Anda.. Kuning : Kedaulatan Raja- Raja Melayu Biru : Muhibbah / Perpaduan antara kaum Perisai : Melestari spritual dan ekonomi ummah sejagat Dua Pedang : Kesatuan ummah didalam Jihad Ekonomi Sayap : Perkongsian keuntungan duniawi dan ukhrawi sesama jemaah 

Kesihatan Usus Pemangkin Kesihatan Anda

Usus adalah satu-satunya organ yang sinonim dengan tong sampah utama didalam tubuh manusia. Setiap kali seseorang membuang najis besar, maka ususnya mampu menerima bahan yang akan dibuang tidak lama lagi.Apabila masalah pembuangan terjadi, bahan / hampas yang tidak berguna akan menjadi racun dan bakal mengganggu organ- organ yang lain bermula dari kenaikan darah yang tidak menentu. Najis yang tidak dibuang selama beberapa minggu akan mengeras. Usus yang tersumbat dengan najis yang lama akan menimbulkan sekatan pengeluaran angin dan bakal mengundang masalah gastrik dan seterusnya menyebabkan tubuh badan bertoksin. 😣 SEMBELIT 😣 Rasa sakit setiap kali ingin membuang air besar pasti menyeksakan sesiapa saja, malah menyebabkan pelbagai implikasi. Sembelit memang amat menyakitkan dan dialami orang dewasa mahupun bayi dan kanak-kanak. Bagaimanapun, cara hidup sihat dan aktif boleh membantu melegakan dan mengurangkan sakit akibat sembelit. Sembelit berlaku apabila seseor...